^_^

Sabtu, 27 Ogos 2011

:D Sahabat :D

Assalamualaikum.. hello .
apa khabar.. harap2 sihatlah ye....

ni ada sedikit nak. ckp pasal sahabat.. korang ada sahabat kah. mesti lah ada kah. hehe :) share sikit ^_^


Jng lah kamu sesekali membuat seseorang itu .. ataupun menyakitkan hatinya..
dia tdk akan rasa tenang.. berbincang lah kita dng seseorang itu sebaik-baiknya...

sebagai seorang sahabat... berbaiklah kita dng sahabat... tegurlah dia.. anggaplah dia sebagai adik atau kakak/abang..
sahabat yg baik,sahabat yg ikhlas berkawan dng kita.. akan bnyk membantu kita... juga akan mempengaruh kita kpd kebaikan.. itupun klau sahabat itu mempunyai hati nurani dan seorang yg beriman.. dan mempunyai peribadi yg terpuji.. tdk kisahlah dia berlainan agama kah bangsa.. kah miskin kah kaya kah... yg penting sebenanya adala.. sebuah persahabatan yg ikhlas...

jng lah kita bersahabat dng seseorang itu.. oleh sebab paras rupa dia, atau kekayaan dia..
 tetapi..tengoklah dia daripada keperibadiannya  yg terpuji...

ikhlas lah kita.. jng lah kita ingin bersahabat dng seseorang itu.. oleh sebab paras rupa dia yg cantik atau handsome..
teda juga guna dia tu.. klau dia tdk mempunyai sikap2 yg terpuji .. klau kerja dia ponteng kelas lah,hisap rokok lah. dan mcm2 lagi benda2 yg tdk bagus .. buat apa.. muka cantik/handsome klau perangai.. .. ehh..


sekali lagi. IKHLAS.. lah menjadi sahabat seseorang itu.. :D
seorang sahabat yg ikhlas akan. bnyk membantu kita... insya allah ..  semoga mendapat sahabat yg baik.. :D

"sahabat yg baik,apabila dipandang
wajahnya, membawa menginganti Allah
mendengarkan kata2 nya menambah ilmu, terlihat gerak
gerinya meninggikan takut kpd Allah, berkawan
dengannya berjuang ke jalan Allah "

                                                                    ...  SALAM UKHWAH...

"Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan.
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah " .....
<Photo 1>

(✿◠‿◠) hari raya tiba lagi 2011 (◕‿◕✿)

Assalamualaikum.. lama sdh tdk update blog.. huhuhuhhu..
apa khabar kwn2.. sihat kah ? klau saya sihat2 jak.. alhamdulillah.....

perasaan tak.. pejam , celik .. pejam, celik .. dah nak raya... ramadhan kian berlalu...
pintu neraka kian terbuka.. syaitan2 ketawa riang..

ermm... sedihnya ramadhan kian berlalu... bulan yg penuh dng keberkatan..
apa2 pun *(◕‿◕✿)SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF  ZAHIR & BATIN(◕‿◕✿) .. *

oh ya.. walaupun tajuk pasal hari raya.. actually.. sebenarnya mahu cerita pasal bulan ramadhan.. hehe
best tak.. bulan ramadhan ?? mesti best kan.. bulan yg penuh dng keberkatan... dan dlm bulan ramadhan juga.. ada satu malam yg dipanggil malam *lailatul qadar* Malam yg bersamaan dng seribu bulan.. pada malam itu para malaikat turun dng keizinan Allah s.w.t ....  ehem.. best2.  malam yg penuh dng keberkatan
                                                     
                                                 (◕‿◕✿) MALAM LAILATUL QADAR (◕‿◕✿)


LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Khamis, 23 Jun 2011

hello,,hello ..

Assalamualaikum .. apa khabar ..
 Nur harap korang sihat... hehe .. Nur pun sihat ..
em.. lama btl sdh tdk tngk blog ni.. dah berhabuk sdh.. hehehe ....   em.. nak cerita pasal apa ye ??

tak de idea.. ada idea tak hehe..

ok , ok lah..   ni nak tanya korang.. best tak ada keluarga ... mesti best kan,
Nur pun bahagia dng family.. hehe. best sngt2,, dpt luahkan perasaan .., dpt bergurau senda.. dng mereka.. kan , kan !!
cuba bayangkan berapa besar pengorbanan mereka kpd korang...
mereka mendidik kita hingga menjadi insan yg berguna.. bersusah payah mereka..mencari rezeki demi kebahagian kita.... membesarkan kita tanpa keluhan... jasa mereka tdk blh dibalas dng wang ringgit... besarnya jasa seorang ibu .sanggup mengorbankan nyawa demi melahirkan kita demi muka bumi.. ibu bagai malaikat kita... syurga dibawa tapak kaki ibu.... begitu juga jasa seorang ayah.. bersusah - payah mencari rezeki utk kita semua...

jika kita mengetahui akan jasa mereka.. mengapa masih ada lagi seorang anak .. yg derhaka kpd ibu bapa nya..  mengapa , mengapa !!! mereka tdk terfikirkah jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa mereka...

kita patut bersyukur kerana kita dpt melihat bumi ini.... cuba bayangkan jikalau kita ini.. dibuang kita bayi... apakah perasaan kita... mesti sedih... dibuang. seperti sampah...  

bersyukurlah kita..  jng lah korang semua derhaka kpd mereka... kerana di akhirat kelak.. kita akan menerima balasan .. tentang apa yg kita lakukan di dunia ini...   

selain itu , juga .. jika kita derhaka  kpd ibu bapa kita.. maka . jika kita sudah mempunyai anak .. mereka akan derhaka kpd kita juga... begitu lah lumrah dunia.. bagai bulatan.. yg berpusing semula.. apa yg kita lakukan kpd seseorang itu.. akan berlaku juga kepada kita... ..  

oleh itu, jng lah kita derhaka kpd mereka... ^_^  
sebaik-baik nya senyum lah kpd kedua-dua ibu bapa kita... sejuk hati mereka...
doakan lah mereka slalu... jng asyik main facebook jak.. sembang 2 dng bf/gf... lebih baik sembang dng ibu bapa... lagi best kan.. hehe ..  

 
ok lah.. sampai sini jak lah ok.... wassalam....

Khamis, 26 Mei 2011

Kian berdetik

Assalamualaikum. semua.. apa khabar ? sihat ke..
hurm.. hari ni. tidak ada cerita yg bagus lah nak share.. bosan sangat2.. idea pun tiada.. ehh.
tapi tak apalah..   korang pernah terfikir tak bila detik kehidupan kita ini bermula dan berakhir ? detik kita berakhir hanya YANG MAHA ESA sahaja yg tahu.. kita hanya melakukan suruhanya dan meniggalkan perkara yg dimurkainya.. betul tak ? hehe..

korang ada terfikir tak.. knp prg selalu ckp.. " masa itu emas" korang tahu tak knp ?? sebabnya ialah setiap detik yg kita gunakan itu tidak blh kita ulangnya semula... itulah sebabnya.. apa yg sdh berlaku tidak blh diulang semula... begitu juga dengan manusia... kita hanya hidup sekali sahaja... jadi.. selagi roh  berada di dalam jasad kita ini.. selagi jantung ini masih berdegup selagi itulah kita  gunakannya sebaik-baik mungkin...   gunakanlah peluang dan waktu yg kita ada untuk mendekati diri kepada YANG MAHA ESA.. agar kita bahagia di dunia dan di akhirat.. wassalam... 

                                                               TICK,TOCK,TICK,TOCK

Rabu, 25 Mei 2011

Dia Selalu Ada

Assalamualaikum... semua.. korang apa khabar ? sihat ke..
hari ni . hurm.. tak de apa-apalah nak ckp... hurm . sy cuma nak kongsikan artikel ni jak. ^_^

                        DIA SELALU ADA

               



Hidup di dunia. Kau berdepan kesukaran yang menggila. Ada saat-saatnya kau berasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah,dan semua yang telah kau dilakukan terlihat salah.
Seorang insan berdosa dan menyedari dosa besarnya. Kemudian ia merasa tidak mampu selamat daripada dosa-dosa yang lalu. Terkadang fikirannya menyimpang ke arah kejahatan. Fikirannya mengatakan yang dia sudah tidak dapat selamat, dan nafsu pula mengajaknya supaya menjadi lebih khianat.
Lalu dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan kemanisannya. Tunggu dulu! Jangan kau melulu menghukum saudaramu itu. Mungkin dia bukan begitu tetapi dia telah terperangkap dengan semalam yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah tiada harap.
Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak memilih untuk terus menjadi hanyut. Namun, ada masanya mereka tertewas, dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.
Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seoalah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk.
Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Surah Az-Zumar: 53]

Siapa kau? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah.
Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.
Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan.
Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu.
Wallahua'lam.
- Artikel iluvislam.com

Selasa, 24 Mei 2011

Mencari Kerdipan Yang Hilang

Assalamualaikum semua...
.. apa khabar ?? sihat ke ? tidak sakit.. ?? kalau sakit cepat-cepat lah ya korang jumpa doktor ye.. sekarang ni bnyk btl penyakit yg merbahaya .. hehehe..  hari ni mcm biasalah lah.. penat sangat.. sebab bnyk sangat kerja sekolah. hurm.. bnyk sangat kerja rumah. huhu.. tapi tak apalah.. untuk mendapatkan ilmu haruslah bnyk usaha kan. hehe..  hurm.. nak tahu tak . kat sekolah tadi.. guru kelas kami pindah-pindah kan tempat duduk.. hehe.. kesian sy tengok kawan-kawan sy. terpaksa berpisah dengan kawan-kawan diorang... hehe. tapi takkan nak salahkan cikgu pula.. cikgu buat begitu mesti ada kebaikan kan... hehe.. setiap apa yg cikgu lakukan kepada pelajarnya.  , mesti ada kebaikannya kan .. betul tak ??  hehe ^_^

oh ya .. korang pernah tak terbaca artikel yg bertajuk "mencari kerdipan yang hilang" pernah tak ?? klau tdk pernah. mari kita baca.. jom ..

                                                                 
                                  MENCARI KERDIPAN YANG HILANG

Kadangkala,
Kita terpaku mencari jawapan kehidupan,
Berlari dan terus berlari,
Mengharapkan penghujung yang sejati,
Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki,
Lantas kita berhenti sebentar,
Refleksi diri yang kian gentar,
Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan,
Apa yang engkau lari-larikan?
Apabila hakikatnya,
Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata,
Kemuliaanmu terpancar hatta di celah-celah kota,
Walau dunia penuh pancaroba,
Dirimu sentiasa menanti masa,
Mencari, dan terus mencari.
...Kerdipan Yang Hilang...
Kilauan kerdipan mereka laksana bulan yang hadir pada malam hari, menerangi seluruh pelosok dunia dengan kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji.
Ketika Allah menciptakan mereka, kesemuanya harus menjadi seorang yang istimewa. Dikurniakan dengan bahu yang cukup kuat untuk menampung fatamorgana dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan.
Meskipun dilitupi dengan 'selendang islami' dan hijab kemuliaan, mereka dikurniakan Allah dengan kekuatan dalaman yang abadi, cukup kuat untuk melahirkan anak dan menahan mehnah tribulasi yang seringkali datang daripada anak itu..
Allah menguji mereka dengan kekerasan dan kesengsaraan agar dirinya tetap tabah ketika orang lain sudah menyerah. Mengasuh keluarganya meskipun ditemani dengan penat lelah yang tidak pernah henti walau sesaat.
Allah memberikan kefahaman dan sifat penyayang yang tinggi kepada mereka, demi menahan kerenah anak-anak yang sering menyakitkan hati mereka, tetapi tetap jua anak itu disayangi tanpa kurang walaupun sedikit.
Allah memberinya kekuatan untuk 'mendukung' suaminya yang dilanda kegagalan dan kesusahan. Melengkapi 'tulang rusuk' kebahagiaan yang selama ini dicari.
Dikurniakan air mata untuk dititiskan. Namun, ramai yang tidak tahu, titisan-titisan itulah yang telah banyak melahirkan 'lautan ibrah' yang luas terbentang buat tatapan sanubari.
Itulah mereka. Insan-insan yang bergelar WANITA.
Kalianlah pencorak masa hadapan dunia. Tidak ada insan selain Nabi Adam yang melihat dunia ini tanpa bermula daripada rahim seorang insan yang bergelar wanita. Keluarkanlah nama-nama yang tersemat di lubuk pemikiran kita, hebat ataupun tidak insan tersebut. Mereka semua melalui alam rahim yang sama seperti kita semua, diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Daripada saat kita merangkak, berjalan sehinggalah mampu berlari, insan-insan ini tidak pernah meninggalkan kita.
Maka, adakah sesiapa yang berani merendah-rendahkan kaum ini ?
Ya. Kita yang bergelar ar-rijal (lelaki).
Mengakulah betapa kesengsaraan akan menimpa dirimu tanpa belaian kasih dan sayang daripada kaum yang bergelar wanita ini.
Mengakulah betapa hati-hatimu sentiasa teruji hatta hanya dengan mendengar bingkisan suara mereka yang penuh kelunakan.
Sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa. Apakah agaknya yang tiada di Syurga ?
Masihkah kita tidak ingin mengaku kehebatan mereka yang bisa melentur peribadimu secara total?
Tetapi,
Mengapa golongan ini juga yang engkau permain-mainkan maruahnya?
Kenapa mereka juga yang engkau siul-siulkan di tengah jalan itu?
Kenapa srikandi-srikandi ini juga yang engkau rosakkan akhlak dan peribadinya?
Diri kita fitrahnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Untuk membimbing kaum hawa ini satu obligasi, bukan ilusi.
Dirimu adalah Qowwamun (Pelindung) kepada wanita, bukannya perosak.
Mengajak mereka berdua-duaan di tempat gelap itu bukan 'melindungi' namanya.
Bicara manis dan romantis di telefon dan SMS itu pula hanyalah 'insuran' palsumu. Sedangkan sijil nikahmu dengannya pun belum ada, betapa beraninya dirimu mengatakan akan mendaki Gunung Everest dan merentas lautan api demi meraih cintanya.
Cinta? Itu sesuatu yang agak panjang untuk kita bincangkan.
Apa yang penting, cinta kepada insan itu terletak pada pembentukan Baitul Muslim mu. Bukan pada hubungan-hubungan palsu yang kita 'jaga' dan sanjungi itu.
Cinta itu juga Islam. Maka, keadaannya perlulah Islam, pengakhirannya perlulah Islam, bukannya disaluti dengan nafsu yang bergejolak.
Maka, bertanyalah semula kepada diri kita. Adakah kita sedang 'memimpin' cinta kita ke arah syurga? Ataupun ke arah neraka?
Duhai dikau yang bergelar srikandi.
Dirimu pada dasarnya dicipta dengan penuh kemuliaan. Dikurniakan dengan sesuatu yang mustahil dimiliki oleh ayah, adik, dan abangmu.
Ketahuilah betapa suara lunakmu bisa menggegarkan dunia.
Sedarilah betapa pandangan dan peribadimu melahirkan ibrah yang menggunung.
Dirimu begitu berharga sebagai penenang hati-hati yang sedang gundah gulana.
Dirimu lebih kuat daripada yang apa engkau sangkakan.
Sedangkan sebuah kerajaan pun boleh jatuh disebabkan seorang wanita. Apatah lagi untuk menghancur-luluhkan kehidupan seorang lelaki yang berpenyakit hatinya.
Engkau ibarat mawar yang berduri. Sentiasa berdiri menahan bayu cabaran yang mendatang. Hatta kumbang datang untuk membinasa, duri dahanmu tetap bersedia, tetap tidak pernah hilang harga diri, meski dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri. Melainkan syariat yang memberi.
'Facebook' dan blog itu bukan tempat manifestasi kecantikan paras rupamu.
Nilai maruahmu begitu tinggi untuk ditayangkan kepada yang bukan hak.
Jangan! Jangan digadaikan untuk sesuatu yang tidak setaraf dengan nilai harga dirimu ya ukhti.
Kecantikanmu bukan pada paras rupa, tetapi lebih kepada akhlak dan peribadimu yang suci itu.
Seorang wanita solehah dalam kalangan kalian itu hakikatnya lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh. Tidak hairanlah sekiranya dirimu mendapat pengiktirafan 'sebaik-baik perhiasan dunia, adalah wanita yang solehah'.
Wanita solehah itu,
Teguh menjunjung syariat Allah. Dia tidak akan pernah membiarkan dirinya menjadi busur panahan syaitan. Diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam yang kadangkala terlalu gopoh dengan hawa nafsu masing-masing.
Wanita solehah itu,
Sentiasa tenang jiwa sanubarinya. Mengingati Allah di saat suka dan duka.
Ya. Hatta diuji dengan ujian yang boleh sahaja membuatkan insan lain tersungkur jatuh. Tetapi bukan engkau, kerana kelebihanmu terletak pada ketenangan dan kesucian hatimu di sisi Allah SWT.
Betapa tingginya darjatmu di sisi Islam.
Betapa mulianya kedudukanmu di sisi para suami yang mencintaimu kelak.
Maka, mengapa perlu berfikir dua kali apabila Allah arahkan untuk menutup aurat ya ukhti?
Mengapa perlu ditayangkan perhiasan-perhiasan yang tidak berhak dipandang oleh lelaki-lelaki ajnabi itu ya ukhti?
Bukannya kalian tidak tahu..hati ar-rijal (lelaki) itu mudah sahaja bergetar melihat diri kalian semua. Mencari kesempatan yang kini ada daripada kalian yang memberinya dengan mudah. Kemudian terlahirlah pelbagai kemaksiatan yang bertunjangkan kepada satu masalah keimanan kita kepada Allah SWT.
Pandangan Allah ataupun pandangan manusia. yang mana satukah agaknya prioriti utama yang kita jadikan sebagai pemandu tindak laku kita di dunia ini?
Wahai srikandi-srikandi syurga.
Bukanlah artis-artis dunia yang menjadi idola kalian.
Bukan juga yang terlari daripada landasan matlamat yang hakiki.
Kalian menjadi sayap kiri kepada kebangkitan Islam di dunia ini, bersama-sama berjuang dengan para Muslimin.
Sejarah mencatatkan banyak jejak-jejak srikandi yang begitu tabah lagi halus peribadinya. Mengapa bukan mereka yang menjadi contoh ikutan utama?
Sesetengah orang pernah berkata, sejarah itu ibarat pentas bermain wayang. Dibaca dan kemudian diulang, dan diulang, dan diulang. Berapa kali pengulangankah agaknya yang diperlukan oleh diri kita untuk menyedari kehebatan para mujahidah Islam dahulu kala?
Kesetiaan pengorbanan Siti Khadijah Binti Khuwailid hampir lupus dek zaman 'futuristik' muda-mudi.
Kebijaksanaan Aisyah Binti Abu Bakar seolah-olah sesuatu yang benar-benar luar biasa bagi kita semua.
Ketabahan Fatimah, Mashitah dan Siti Hajar pula nampaknya hanya dipelajari dengan titisan air mata. Kesayuan dan kesedihan yang selalu tidak mempunyai penyusulan.
Ya ukhti.
Sumayyah mengukir sejarah kerana kemantapan akidahnya kepada Allah SWT, meskipun pada saat itu Islam belum lagi melakar dua pertiga dunia. Tetapi kisah dirinya benar-benar membuatkan kita sebak.
Kita pula? Apa sejarah yang ingin kita lukiskan dalam kehidupan kita ini?
Kita tahu dan kita percaya. Tidak mustahil untuk kita membentuk semula peribadi insan-insan yang luar biasa ini. Cuma persoalannya, siapa?
Tidak kira yang lelaki mahupun wanita. Kita wajar mencontohi kehebatan mujahidah-mujahidah islam ini dengan mengambil ibrah daripada lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah gentar menghadapi musuh, kerana diri merekalah contoh wanita solehah yang terbaik buat kita semua.
Merekalah...
Kerdipan yang hilang itu.
Ya Rijal dan Nissa.
Janganlah kita biarkan kerdipan itu pergi begitu sahaja. Carilah kilauannya yang terang itu. Kesemuanya sudah tersuluh, cuma menunggu masa untuk kita memakai 'kaca mata' iman dan Islam kita.
Marilah kita sama-sama menukar paradigma kita. Meletakkan sesuatu itu di landasan yang hakiki, lantas mampu membuat keputusan dengan minda yang mustanir (cemerlang). Insya Allah, suatu masa nanti, pasti kerdipan yang hilang itu akan kembali menerangi kegelapan dunia.
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Ar-Rum 30:21)
-Artikel iluvislam.com

Isnin, 23 Mei 2011

Redha Terhadap Ketentuan Qada' dan Qadar Allah

Assalamualaikum. korang semua.. korang tahu tak apa itu Qada' Dan Qadar..  mesti ramai yg tahukan.. korang redha tak dengan  Ketentuan Qada' dan Qadar Allah... ... jom kita lihat sebuah artikel yg diambil dari                 I Luv Islam..  jom ..

Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah.
Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)
 
- Artikel iLuvislam.com